Prof. Dr. Fong Soon Fook
Profesor Pendidikan Multimedia
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan
Universiti Malaysia Sabah

 

Fong Soon Fook berkhidmat sebagai  Professor dalam Pendidikan Multimedia di Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sains (1978–1982) dan sebagai Guru Kanan Sains dan Matematik di Sekolah Menengah Dato' Onn, Butterworth (1983–1997). Kerjaya akademik beliau bermula pada 1 Ogos 1997 apabila diterima sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM. Selanjutnya, Fong telah dilantik sebagai pensyarah kanan (2005), profesor madya (2007) dan profesor dalam bidang Pendidikan Multimedia (2010). Sepanjang kerjaya beliau di USM, Fong berjaya menyelia 13 orang pelajar Ijazah Doktor Falsafah, 5 orang pelajar Ijazah Sarjana dan 40 pelajar Ijazah Sarjana (mod campuran). 3 pelajar pascasiswazah Fong dianugerahkan "Tesis Terbaik" oleh Institut Pengajian Siswazah, USM. Melalui pojek penyelidikan, beliau telah menghasilkan lebih daripada 110 buah penerbitan dalam bentuk bab di dalam buku, monograf, jurnal berwasit peringkat kebangsaan dan antarabangsa, kertas kerja persidangan universiti peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Komitmen dan dedikasi beliau sebagai pendidik yang inovatif, kreatif dan berani mengambil risiko mengintegrasikan idea inovatif telah diberikan penghargaan dengan pelbagai anugerah. Antaranya Anugerah ITEX Gold Award; MTEX Gold & Best Award; Anugerah Sanjung Akademik USM (P&P); Anugerah Sanggar Sanjung USM (Penerbitan); Anugerah Guru Inovatif (Negeri & Kenangsaan) dll. Kepakaran Fong dalam bidang pendidikan multimedia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila beliau dianugerahkan Endeavour Executive Award daripada Kerajaan Australia. Sebagai perunding akademik untuk Intel Corp., UNESCO, World Bank Institute, SEAMEO-RECSAM dan pelbagai agensi KPM, Fong berjaya melaksanakan pelbagai projek seperti "KPM Video & Impact Assessment Eduwebtv"; “UNESCO ICT in Education Toolkit for Policymakers, Planners and Practitioners";  "Intel CMPC 1:1 Learning"; WBI Improving Training Quality”; "UNESCO-RECSAM Scientific and Technological Literacy (STL) for All"; "Intel Teach to the Future"; dll. Beliau dijemput sebagai Visiting Professor ke National Centre for Supercomputing Applications (NCSA), University of Illinois, Urbana-Champaign, Illinois, USA; Department of Instructional Systems Technology (IST), Indiana University, Bloomington, USA; Macquarie University, Sydney; INSPIRE Centre, University of Canberra, Australia.

Fong menyamakan persekitaran pendidikan yang sedang berubah sebagai suatu "senario era dinosaur'', iaitu sama ada kita mampu menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran atau kita akan ketinggalan ke belakang. Demi generasi muda, pendidik perlu sentiasa menyesuaikan diri supaya kekal relevan & produktif tetapi tidak menjejaskan nilai teras yang berakarumbikan pendidikan berkualiti (the rooted values of quality education). 

 

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Peti Surat 2
89207 Tuaran Sabah

 

088-788500 / 088-797500
  088-788007

    admin@ipkent.edu.my