Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

 

Bismilahir Rahmanir Rahim,

Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia. Salam 1 Kent.

 

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izinNya,   Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (Zon Sabah dan Sarawak) 2016 berjaya direalisasikan. Sekali lagi Institut Pendidikan Guru Kampus Kent diberi mandat untuk menganjurkan seminar penyelidikan yang dilaksanakan pada setiap tahun dengan penggiliran pengajur  dalam kalangan IPG Kampus Zon Sabah.

Saya berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk menitipkan kata-kata dalam ruangan yang terbatas ini. Lantaran itu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) IPG Kampus Kent dan seluruh ahli jawatankuasa atas usaha, komitmen dan dedikasi dalam menyempurnakan seminar ini.

Institut sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada para pensyarah dalam menghasilkan kajian. Ini disebabkan taraf IPG yang setara dengan IPTA yang lain telah menjadikan penyelidikan sebagai satu elemen penting dalam bidang tugas pensyarah. Sehubungan itu Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan telah memainkan peranan dengan mengadakan pelbagai aktiviti ilmiah untuk tujuan tersebut. Antaranya, pertandingan inovasi untuk para pensyarah dan pelajar, disamping  menganjurkan seminar penyelidikan pendidikan pada setiap tahun.

Pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh JPIPK sedikit sebanyak telah menyumbang kepada peningkatan amalan professional keguruan, tidak sedikit pula hasil inovasi ini diterjemahkan menjadi bahan penyelidikan. Hasil inovasi dan penyelidikan telah menggalakkan perkongsikan ilmu antara pensyarah, dan pendidik di sekolah-sekolah.  Selain daripada itu, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan juga terlibat secara langsung dalam penerbitan koleksi inovasi dan jurnal penyelidikan setaip tahun.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar yang berprestij ini. Kepada pemakalah dan peserta seminar saya mengalu-alukan kehadiran anda semua bagi menjayakan Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (Zon Sabah dan Sarawak) 2016.

Selamat berseminar.

“KESEDIAAN DAN FENOMENA PENDIDIKAN TRENDA SEMASA”

ROMLI BIN DARUS

Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Tuaran 

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Peti Surat 2
89207 Tuaran Sabah

 

088-788500 / 088-797500
  088-788007

    admin@ipkent.edu.my