1.0 PENGENALAN

Pertandingan inovasi adalah salah satu acara yang dipertandingkan dalam SPIP 2021 secara maya.

2.0 TEMA

Inspirasi Penyelidikan Pendidikan ke Arah Kemakmuran Negara

3.0 SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan Inovasi terbuka kepada semua warga pendidikan (pelajar, guru sekolah dan pensyarah) dan juga staf pengurusan dalam institusi pendidikan di Malaysia. 

3.2 Terdapat dua (2) kategori penyertaan iaitu:

  1. Kategori Terbuka (Guru, pensyarah, gabungan murid dengan guru, gabungan pelajar dengan pensyarah)
  2. Kategori Pelajar (Terdiri daripada murid sekolah atau pelajar Kolej/IPT)
  • Setiap penyertaan WAJIB mengemukakan satu (1) kertas konsep berbentuk poster maya (e-poster) dan video pendek berdurasi 10 minit yang hanya menjelaskan tentang projek inovasi.
  • Ahli kumpulan terhad kepada 5 orang ahli sahaja. Ahli kumpulan adalah mengikut senarai dalam borang penyertaan dan sebarang pindaan adalah tidak dibenarkan.
  • Semua bentuk pembentangan termasuklah poster maya (e-poster) perlu menggunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  • Format penghasilan poster maya (e-poster) hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
  • Semua penyertaan pertandingan akan menerima e-sijil. Manakala pemenang anugerah akan menerima anugerah platinum, emas, perak atau gangsa dalam bentuk e-sijil dan satu (1) pingat anugerah.
  • Panel hakim pertandingan akan menilai dan memilih pemenang projek dari kedua-dua kategori untuk dianugerahkan pingat Platinum di secara SPIP Pitching (atas talian (Google Meet) pada 24 atau 25 Mac 2021). Sila rujuk Syarat SPIP Pitching bagi maklumat lanjut. Pemenang yang layak ke pusingan SPIP Pitching akan dimaklumkan pada 15 Mac 2021.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Idea inovasi mestilah daripada penjanaan idea sendiri dan bukan plagiat. Walau bagaimanapun, adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama kepada hasil kreativiti.

4.2 Projek inovasi yang dipertandingkan mesti berkaitan dengan pedagogi atau pengurusan berkaitan pendidikan sahaja. Projek yang pernah memenangi mana-mana anugerah inovasi peringkat kebangsaan adalah tidak layak dipertandingkan dalam pertandingan ini kecuali terdapat bukti penambahbaikan atau penubahsuaian disertakan.

4.3 Spesifikasi e-poster SPIP 2021:

4.3.1 Ukuran Poster: A3 (11.69inch x16.53inch)

4.3.2 Terhad kepada 1 muka surat sahaja.

4.3.3 Template e-poster boleh dimuat turun dari laman web rasmi SPIP melalui https://ipkent.edu.my/spip/ .Susunan kandungan dalam poster adalah mengikut kreativiti masing-masing.

4.3.4 Poster disimpan dalam bentuk pdf dengan maksima 10MB.

4.3.5 Kandungan/pengisian poster wajib mengandungi secara ringkas dan padat perkara-perkara berikut:

  • Tajuk
  • Pengenalan
  • Rasional
  • Strategi penyelesaian
  • Penggunaan
  • Impak ke atas pembelajaran pelajar
  • Perluasan/Komersial
  • Foto-foto projek yang berkaitan
  • Jadual dan Rajah yang berkaitan
  • Biodata Ahli Pasukan dan Foto

4.4 Spesifikasi video pendek

4.4.1 Durasi video pendak adalah 10 minit. Video yang melebihi 10 minit akan dibatalkan penyertaan .

4.4.2 Rakaman video hendaklah dibuat dalam tetapan “Unlisted” sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri. 12.

4.4.3 Hanya satu (1) rakaman video sahaja perlu dihantar oleh setiap projek untuk dinilai. Rakaman video perlu dihantar menerusi aplikasi Youtube dan calon dikehendaki mengemaskini url / link rakaman video ke Google form dalam laman web https://ipkent.edu.my/spip/ selewat-lewatnya pada 1 Mac 2021. Rakaman video yang dhantar selepas tarikh tersebut tidak akan diperaku.

4.5       Penilaian Dan Anugerah Pertandingan Inovasi

Bil.

Kriteria

Penerangan

1

Rasional

Apakah isu/permasalahan utama dan signifikan projek yang menggerakkan pemikiran dan reka bentuk?

2

Strategi penyelesaian

Apakah strategi penyelesaian/ pemikiran dan reka bentuk yang digunakan?

3

Penggunaan

Sejauh manakah murid/pelajar menggunakan projek dalam pengalaman pembelajaran bermakna? atau

Bagaimana murid/pelajar menggunakan pentaksiran alternatif terlibat dalam proses pengalaman pembelajaran bermakna?

Sejauh manakah organisasi menggunakan produk dalam amalan urus tadbir organisasi?

 

Impak

Apakah impak utama ke atas pengalaman pembelajaran dan pencapaian pembelajaran pelajar? atau

Apakah impak utama pentaksiran alternatif ke atas pencapaian pembelajaran pelajar? atau

Apakah impak ke atas efisiensi produk penyampaian?

5

Perluasan / komersial

Sejauh manakah projek disebar luas dan mempunyai nilai komersial?

6

Pembentangan video

(pitching sahaja)

Adakah penerangan inovasi adalah jelas dan persembahan video yang menarik?

Adakah peserta lancer dan yakin dalam menjawab soalan dengan tepat?

4.5.1 Penilaian akan dibuat oleh panel penilai berkecuali. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

4.5.2 Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada 15 Februari 2020. Projek yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

4.5.3 Melengkapkan borang penyertaan seperti dalam Google Form dalam website https://ipkent.edu.my/spip/ .

4.5.4 Yuran Penyertaan : RM50 (Kategori individu); RM60 (Kategori Kumpulan)

5.0    SYARAT PERTANDINGAN SPIP Pitching

5.1       Hanya peserta yang telah dinilai dan terpilih oleh panel sahaja layak untuk bertanding dalam pusingan akhir (SPIP Ptiching) pada 24 dan 25 Mac 2021.

5.2       Peserta perlu membuat pembentangan segerak secara maya menggunakan aplikasi Google Meet.

5.3       Ketika proses penjurian, peserta perlu bersedia dalam talian untuk membentang dan menjawab soalan pihak juri secara atas talian. Hanya peserta yang berdaftar sahaja dibenarkan menjawab  soalan. Penganjur berhak membatalkan pemilihan anugerah platinum sekiranya semua ahli kumpulan gagal berada di atas talian semasa proses penjurian diadakan dan secara automatik projek tersebut akan layak mendapat anugerah asalnya.

Go to top