SPIP ini adalah kesinambungan kepada program seminar penyelidikan yang menjadi acara tahunan bagi semua Institut Pendidikan Guru yang ada di Sabah. Seminar sebegini wajar diteruskan kerana ia menjadi wadah perkongsian ilmu warga pendidik IPGK Kent yang amat signifikan ke arah pelestarian budaya ilmu berasaskan penyelidikan di samping meneroka penemuan-penemuan baharu dalam bidang pendidikan. Usaha ini dilihat sebagai mekanisme yang dapat meningkatkan profesionalisme ke tahap yang lebih tinggi khususnya dalam  kalangan warga pendidik di Sabah dan Malaysia amnya.

Pelaksanaan SPIP 2021 adalah bertepatan dengan anjakan ke-4 Transformasi Profesion Keguruan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang memfokuskan kepada Membudayakan Penyelidikan dan Inovasi. Pelaksanaannya juga adalah selaras dengan inisiatif strategi sekunder iaitu penglibatan aktif pensyarah dan pelajar dalam penghasilan model, inovasi dan penyelidikan yang dapat diamalkan untuk menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah.

Go to top