Picture of ISMAIL BIN AG. PIUT
BMM3110
by ISMAIL BIN AG. PIUT - Thursday, 1 August 2013, 06:52 PM
 
Persoalan: Apakah perbezaan antara KLAUSA dan AYAT. Berikan contoh yang sesuai untuk membincangkan persoalan ini. Selamat mencuba....
Picture of JOHANIS BIN ASUN
Re: BMM3110
by JOHANIS BIN ASUN - Monday, 5 August 2013, 10:39 AM
 

salam 1 kent,

Maaf tuan,mungkin persoalan ini sesuai dibincangkan dalam ruangan khas unit bmm1.

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.

Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat.

Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas.

Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:

Klausa Ayat
Subjek Predikat Subjek Predikat
budak itu mendengar radio Budak itu mendengar radio
ujian tadi amat susah Ujian tadi amat susah
jambatan itu jambatan kayu Jambatan itu jambatan kayu
mereka ke pantai Mereka ke pantai

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.

Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak.

Klausa Tak Bebas

Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.

Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.

Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan denganteliti terlebih dahulu.

Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga.

Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.

Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran.

Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.

Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.