Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
FAIL PERIBADI PELAJAR
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Tuesday, 22 January 2013, 11:37 AM
 
Perhatian dan Makluman kepada semua pelajar PPG kohort 1 dan kohort 2,

DIWAJIBKAN untuk menyediakan dokumen-dokumen yang tersenarai untuk diserahkan kepada pegawai yang bertugas di Bilik Kualiti pada 02 Februari 2013 (Interaksi 2).

1. Satu salinan surat tawaran
2. Satu salinan kad pengenalan (telah disahkan benar)
3. Satu salinan sijil-sijil SPM/STPM/Akademik/Ikhtisas (telah disahkan benar)
4. Satu salinan Transkrip Peperiksaan setiap semester (telah disahkan benar)

Sekian.
Picture of ABINAH BTE. MASRI
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by ABINAH BTE. MASRI - Tuesday, 22 January 2013, 03:12 PM
 
Selamat petang dan Salam 1 Malaysia.

Macam mana untuk saya mendapatkan salinan Transkrip Peperiksaan semester pertama dan kedua.
Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Tuesday, 22 January 2013, 10:06 PM
 
Bole hubungi En. Jokly (Ketua Unit Peperiksaan) untuk dapatkan transkrip tersebut.
Picture of HASNAH BINTI ULOI
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by HASNAH BINTI ULOI - Thursday, 24 January 2013, 07:23 AM
 
Selamat pagi tuan. Mohon agar nombor telefon yang boleh dihubungi untuk mendapatkan transkrip peperiksaan dipaparkan di sini. Terima kasih.

Picture of MARIANI @ MARIAM BINTI. MOHD.ARIFFIN
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by MARIANI @ MARIAM BINTI. MOHD.ARIFFIN - Tuesday, 22 January 2013, 03:36 PM
 
Maklumat  yang penting buat semua pelajar.Terima kasih.  Tapi  transkrip peperiksaan yang lepas sem satu dan dua kan cuma dipamerkan saja. macam mana ya ...bantu kami selesaikan masalah.
DAYANG RUHAIDA BINTI HAJI AG DAMIT
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by DAYANG RUHAIDA BINTI HAJI AG. DAMIT - Tuesday, 22 January 2013, 04:57 PM
 
Salam Sejahtera..
Terima kasih dgn makluman ini. Saya berharap agar Transkrip Peperiksaan Sem 1 & 2 dpt d uploadkan agar kami dpt "Copy" dan buat pengesahan benar.
Terima kasih.
Picture of DAIRY BTE GURID
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by DAIRY BTE GURID - Tuesday, 22 January 2013, 09:41 PM
 

Terima kasih tuan Victor di atas pemberitahuan  ini. Saya ingin bertanya, siapa yang boleh sahkan transkrip peperiksaan itu. Bolehkah guru besar mengesahkannya?

Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Tuesday, 22 January 2013, 10:07 PM
 
Semua dokumen boleh disahkan oleh pegawai / kakitangan kerajan dari kumpulan A sahaja.
Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Tuesday, 22 January 2013, 10:09 PM
 
Kalau Transkrip semester yang lepas tidak dapat diperolehi, sediakan dulu dokumen yang lain.
Picture of PAUZIAH BINTI BIBI
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by PAUZIAH BINTI BIBI - Tuesday, 22 January 2013, 10:37 PM
 
Selamat petang dan salam 1 MALAYSIA
Terima kasih atas maklumat yang  diberikan.Diharapkan transkrip yang lepas dapat diperolehi dengan lebih mudah seperti mana diperolehi pada semester 3.
Picture of SAINEH BINTI SERAYOH@SARAYOH
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by SAINEH BINTI SERAYOH@SARAYOH - Tuesday, 22 January 2013, 11:33 PM
 
Ok tuan,kami yang menurut arahan.Terima kasih.
Picture of SOHIMA SAPIN
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by SOHIMA SAPIN - Monday, 28 January 2013, 09:49 AM
 

Salam 1 Malaysia

Terima kasih atas info akan berusaha menyediakan apa yang di perlukan.

Picture of AZLINAH BINTI ISMAIL
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by AZLINAH BINTI ISMAIL - Wednesday, 23 January 2013, 12:31 PM
 
terima kasih atas maklumat...
di mana nak dapatkan surat tawaran yang asal tu encik victor ?....yg ada pada saya hanya surat tawaran yg telah di muat turun dan telah dicetak sahaja....
Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Tuesday, 29 January 2013, 07:10 PM
 
Kalau tidak silap saya surat tawaran yang asal boleh diperolehi dari JPN, dan saya difahamkan yang surat asal ini hanya boleh diambil oleh penama sendiri.
g1
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by MOHAMAD RAFFEE BAHRIN - Wednesday, 23 January 2013, 02:58 PM
 
Terima kasih atas maklumat yang diberikan
Picture of ASMIAH BINTI BUANG
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by ASMIAH BINTI BUANG - Wednesday, 23 January 2013, 07:23 PM
 
Salam 1Malaysia,

Terima kasih dengan maklumat tersebut. Kami akan laksanakan seperti yang dikehendaki.
Picture of MESLINAH YABIS
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by MESLINAH YABIS - Thursday, 24 January 2013, 11:31 AM
 
selamat pagi dan salam 1 Malaysia

Saya keliru disini,bukan kah semasa kita buat pendaftaran pada hari pertama tu,semua dokumen ini sudah di minta?Walau bagai mana pun ,saya akan cuba beri dokumen2 yang berkaitan pada interaksi yang akan datang kecuali transkip atau slip keputusan peperiksaan sem 1 & 2...Pada pendapat saya lebih baik pihak PPG saja yang keluarkan slip tersebut dan sahkan.
Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Tuesday, 29 January 2013, 07:12 PM
 
Betul, Tapi semua dokumen yang dihantar semasa pendaftaran tu adalah untuk simpanan di Jabatan HEP, dokumen yang ini untuk semakan MQA dan disimpan dibilik kualiti.
Harap Maklum
Picture of MOHAMMAD BAKRI BIN MAAJUL
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by MOHAMMAD BAKRI BIN MAAJUL - Thursday, 24 January 2013, 10:02 PM
 
Slm sejahtera dan Slm 1 M'sia,
Terima kasih dgn info yg telah dipaparkan di portal IPG Kent.Tahniah dgn perlantikan baru tuan dlm program PPG bagi sesi semester ini dan sukses selamanya.Tetapi tuan, bagaimana cara memperolehi keputusan peperiksaan sem.1 & 2. Tolong kami, bantu kami dalam hal ini.

Tq.

Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Tuesday, 29 January 2013, 07:15 PM
 
Saya sudah berhubung dengan Ketua Unit Peperiksaan IPG Kampus Kent, untuk transkip keputusan peperiksaan yang terdahulu, boleh diambil sendiri oleh pelajar pada hari sabtu ni 02 Februari 2013 (Sabtu) semasa Interaksi 2 di Kaunter Unit Peperiksaan IPG Kampus Kent.

Harap Maklum
Picture of NOORAINI BINTI AAINI
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by NOORAINI BINTI AAINI - Friday, 25 January 2013, 12:40 PM
 
Terima kasih atas makluman berkaitan dokumen yg perlu disediakan. Ingin saya maklumkan juga disini bahawa saya masih belum menerima surat tawaran yg asal, yg ada hanya surat tawaran cetakan komputer dulu.


Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Tuesday, 29 January 2013, 07:16 PM
 
Surat Tawaran Asal boleh diperolehi sendiri oleh penama dalam surat itu di JPN Sabah.
Picture of MAINI SONING
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by MAINI SONING - Saturday, 26 January 2013, 07:30 AM
 

Selamat sejahtera semua,

Tuan Victor,

Maklumat ini telah diterima dan akan diambil tindakan.

Sekian , terima kasih.

Picture of MOHD MASNI NANUN
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by MOHD MASNI NANUN - Sunday, 27 January 2013, 06:30 PM
 
salam sejahtera tuan semua dokumen akan di hantar pada 2 jan 013 twrima kasih
Picture of MOHD MASNI NANUN
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by MOHD MASNI NANUN - Sunday, 27 January 2013, 06:36 PM
 
salam sejahtera tuan semua dokumen akan di hantar pada 2 jan 013 twrima kasih
Picture of SUKIAH BTE TAIL
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by SUKIAH BTE TAIL - Sunday, 27 January 2013, 09:57 PM
 
Salam 1 Malaysia.
Tq atas maklumat yang diberikan
Picture of NORAIN BT MD SALLEH
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by NORAIN BT MD SALLEH - Monday, 28 January 2013, 10:32 PM
 

Salam sejahtera..

Berhubung dengan salinan surat tawaran yang dikehendaki saya juga menghadapi masalah yang sama dengan rakan-rakan yang lain kerana surat tawaran yang ada dalam simpanan saya hanyalah surat tawaran yang dicetak sendiri dari pihak PPG itu pun atas nama IPG asal yang ditawarkan iaitu IPG Kampus Keningau.Saya tidak pernah menerima surat tawaran asal melainkan surat tawaran pembiayaan pendidikan dan surat kelulusan mengikuti program. Mohon respon. 

Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Tuesday, 29 January 2013, 07:18 PM
 
Dapatkan Surat Tawaran Asal itu dari pejabat JPN Sabah.
Picture of ROSLIAH BINTI SITAM
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by ROSLIAH BINTI SITAM - Tuesday, 29 January 2013, 05:13 PM
 
Salam I Malaysia

Maklumat tuan diterima .Saya nak bertanya kepada siapa nanti dokumen itu diserahkan? Terima kasih.
Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Tuesday, 29 January 2013, 07:21 PM
 
Semua Dokumen yang lengkap dimasukkan dalam satu fail plastik (lutsinar) dan diserahkan kepada pegawai yang akan bertugas di Bilik Kualiti pada 02 Februari 2013 nanti. Pastikan pelajar menandatangani borang penghantaran bagi membuktikan yang pelajar sudah menghantar dokumen tersebut.

harap maklum.
Picture of MURADAH BTE ESNANI
Re: FAIL PERIBADI PELAJAR
by MURADAH BTE ESNANI - Tuesday, 29 January 2013, 09:38 PM
 
terima kasih atas maklumat terkini