Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
PENANGGUHAN PELAKSANAAN BIG UNTUK PPG
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Thursday, 22 March 2012, 11:26 AM
 
Perhatian,

Merujuk kepada surat bertarikh 15 Mac 2012 (KP(IPG)8282/600/17(42), dengan ini dimaklumkan bahawa pelaksanaan Kursus Bina Insan Guru (BIG) untuk Program Pengsiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011 dan Ambilan Februari 2012 yang dijadualkan, ditangguhkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Senat Institut Pendidikan Guru Ke 9/2012.

Harap maklum.
Picture of JOHANIS BIN ASUN
Re: PENANGGUHAN PELAKSANAAN BIG UNTUK PPG
by JOHANIS BIN ASUN - Friday, 23 March 2012, 10:43 AM
 
salam 1 warga kent.

soalan 1 .Saya telah mengikuti BIG semasa KDPM di Kent antara tahun 2001-2003,adakah perlu lagi menyertainya ?

soalan2 .Bolehkah tuan berikan antara aktiviti2 atau program yang akan dilaksanakan kepada pelatih ambilan jun 2011?
Picture of JUSTINA KUNSIR
Re: PENANGGUHAN PELAKSANAAN BIG UNTUK PPG
by JUSTINA KUNSIR - Friday, 23 March 2012, 12:05 PM
 
Bina insan guru. Pada saya yang dah banyak umur ni, saya mencadangkan supaya diganti dengan aktiviti lain yang sesuai dengan umur-umur saya ini. Boleh kah?
Picture of ROSLIAH BINTI SITAM
Re: PENANGGUHAN PELAKSANAAN BIG UNTUK PPG
by ROSLIAH BINTI SITAM - Saturday, 24 March 2012, 11:28 PM
 
Pada pendapat saya pula, Program BIG ini boleh diteruskan cuba perisiannya biarlah sesuai dengan peringkat umur guru-guru PPG/KOHOT 1 ini. Aktiviti lasak rasanya memang tak larat nak buat.
Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
Re: PENANGGUHAN PELAKSANAAN BIG UNTUK PPG
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Saturday, 24 March 2012, 11:51 PM
 
Cikgu jangan risau, IPG KPM sebagai penaung dan IPG Kampus sebagai pelaksana bukanlah satu intitusi yang tidak bertimbang rasa.

Faktor-faktor Keselamatan dan kebajikan peserta kursus akan diambil kira dan diutamakan.

kalau aktiviti dijalankan mengikut arahan dan prosedur yang telah ditetapkan, rasanya tiada masalah.

Kalau pelajar tidak dapat menyertai program BIG oleh kerana faktor kesihatan, bagi kohot 1 boleh memohon untuk menangguh dan ikut serta semasa kohot 2 buat. Kalau masih tak dapat buat juga, pihak IPG Kampus boleh mencadangkan cikgu untuk diberhentikan kursus.
Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
Re: PENANGGUHAN PELAKSANAAN BIG UNTUK PPG
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Saturday, 24 March 2012, 11:35 PM
 
Kalau cikgu rasa begitu, pandangan begini harus diubah, kita kena positif, kalau semua mahu mudah dan diubah... mengikut selera pelajar... KAMI tak tahu nak buat...???

Kalau cikgu... Pengarah... Pensyarah... dan IPG tu agak2 cikgu yang punya... untuk BIG tu cikgu mahu buat macamana...?? boleh cadangkan???
Picture of VICTOR P.L. SALANGGANG
Re: PENANGGUHAN PELAKSANAAN BIG UNTUK PPG
by VICTOR P.L. SALANGGANG - Saturday, 24 March 2012, 11:40 PM
 
Untuk soalan 1, Proforma BIG PPG dan sukatan BIG KDPM secara maping menang berbeza... jadi rasanya tidak boleh dikecualikan.... Tapi kalau mahu cuba juga untuk dikecualikan... boleh memohon untuk dipertimbangkan. apa-apa pun keputusan tu akan dijawab oleh senat IPG, KPM.

Untuk soalan 2, boleh baca sendiri di buku panduan PPG.
Picture of SOFFIA BINTI NONONG
Re: PENANGGUHAN PELAKSANAAN BIG UNTUK PPG
by SOFFIA BINTI NONONG - Sunday, 8 April 2012, 11:07 AM
 
Salam hormat....cuma nak tanya ...sepanjang kami mengikuti PPG ini selama empat tahun...berapa kali kami kena mengikuti BIG ni ?? Adakah ianya dijalankan pada setiap semester atau ada peringkat2nya???...