MAKLUMAT
PELAKSANAAN AKADEMIK
2.1 PEMBELAJARAN DI IPG KAMPUS
2.1.1 Pembelajaran Program Pensiswazahan
Guru (PPG) di IPG Kampus melalui mod pendidikan jarak jauh ini
mengambil kira
status pelajar PPG sebagai
guru dalam perkhidmatan.
2.1.2 Mod pembelajaran PPG merupakan integrasi antara Pembelajaran Kendiri, Pembelajaran Bersemuka dan Pembelajaran
Atas Talian (OLL).
a.
Pembelajaran
Kendiri
Pembelajaran kendiri
membolehkan pelajar memilih masa dan
tempat yang sesuai untuk menguruskan pembelajaran pelajar berpandukan kepada modul pembelajaran, buku rujukan dan
bahan sumber internet.
b.
Pembelajaran
Atas Talian (OLL)
Pembelajaran Atas Talian membolehkan
pelajar belajar melalui
saluran yang berikut;
·
Mengakses
dan muat turun bahan pembelajaran
seperti modul pembelajaran, soalan tugasan, nota pensyarah dan bahan rujukan
yang membantu pembelajaran anda
·
Berinteraksi
dengan pensyarah melalui forum
·
Berkomunikasi
dengan Mentor
·
Berkongsi
pengalaman pembelajaran dengan pelajar lain
·
Mendapat
maklumat terkini atau berita terkini
Semua pelajar
WAJIB mendaftarkan
diri sebagai pengguna pembelajaran atas talian.
c. Interaksi Bersemuka
Interaksi bersemuka
membolehkan anda berbincang topik-topik pembelajaran dalam modul.
Interaksi bersemuka dijalankan sebanyak lima (5) kali setiap semester mengikut kalender akademik program.
2.1.3 Portal
Pembelajaran IPG : http://www.moe.gov.my/ipgm/a/atutor/login.php
2.2 PELAKSANAAN
AKADEMIK
2.2.1 Pelaksanaan akademik PPG adalah secara berpusat
dan menggunakan kurikulum yang sama
di semua pusat pembelajaran.
2.2.2 Kalendar Akademik
Kalendar akademik
adalah jadual kegiatan akademik semester yang ditetapkan oleh Senat IPGM.
Semester Januari
Pengajaran
dan Pembelajaran 15 Minggu
Minggu Ulangkaji
03 Minggu
Minggu Peperiksaan 02 Minggu
Jumlah 20
Minggu
Semester Jun
Pengajaran
dan Pembelajaran 15 Minggu
Minggu Ulangkaji
03 Minggu
Minggu Peperiksaan 02 Minggu
Jumlah 20
Minggu
2.2.3 Penawaran Kursus Setiap Semester
IPGM mempunyai kuasa muktamad dalam menentukan kursus yang ditawarkan pada satu-satu semester tertakluk kepada keputusan Senat IPG. Kursus yang
ditawarkan dalam setiap semester akan
dimaklumkan kepada pelajar pada awal
permulaan semester.
2.2.4 Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian
PPG adalah lapan (8)
semester.
2.2.5 Jumlah Jam Pembelajaran Pelajar
Satu
(1) jam kredit bersamaan dengan 40 jam pembelajaran (Notional Credit Hours) untuk setiap kursus
dalam setiap semester. Jam pembelajaran merujuk kepada agihan masa untuk interaksi bersemuka, pembelajaran atas talian dan pembelajaran
kendiri. Jam pembelajaran diterjemahkan seperti yang berikut:
|
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran |
Agihan Jam pembelajaran
Mengikut Kredit Kursus |
|||||||
|
3
Kredit |
2
Kredit |
1
Kredit |
||||||
|
Tanpa
Amali |
Amali |
Tanpa
Amali |
Amali |
Tanpa
Amali |
Amali |
|||
|
(3+0) |
(2+1) (1+2) |
(0+3) |
(2+0) |
(1+1) |
(0+2) |
(1+0) |
(0+1) |
|
|
Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali |
70
½ |
60
½ |
63 |
38
½ |
30
½ |
62 |
13
½ |
10 |
|
Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali) |
10 |
10 |
10 |
5 |
5 |
5 |
5 |
5 |
|
Amali* |
- |
10 |
10 |
- |
8 |
8 |
- |
5 |
|
Pembelajaran Atas Talian |
7 |
7 |
7 |
7 |
7 |
7 |
5 |
5 |
|
Kerja Kursus |
20 |
20 |
20 |
17 |
17 |
17 |
10 |
10 |
|
Ulangkaji |
10 |
10 |
10 |
10 |
10 |
10 |
5 |
5 |
|
Peperiksaan |
2½ |
2½ |
- |
2½ |
2½ |
- |
2½ |
- |
|
Jumlah |
120 |
80 |
40 |
|||||
* Penilaian Amali akan dijalankan pada hari
Ahad atau melalui kursus intensif.
2.2.6 Jumlah Kredit PPG
Seseorang pelajar dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan dengan Kepujian setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama 8
semester dengan 133 kredit.
2.3 PENGECUALIAN KREDIT
2.3.1 Pelajar PPG layak mendapat tiga puluh (29) pengecualian kredit secara pukal. Kursus-kursus
yang layak untuk pengecualian kredit adalah seperti yang berikut:
|
Kursus |
Bilangan
Kursus |
Jumlah
Pengecualian Kredit (Pukal) |
Rujuk
Maklumat pada Muka Surat |
|
Kokurikulum |
6 |
5 |
11 |
|
Pengajian Profesional |
4 |
12 |
13 |
|
Praktikum |
- |
12 |
14 |
|
Jumlah Besar |
29 |
|
|
2.3.2 Kursus Kokurikulum – Olahraga (1 kredit) dikekalkan selaras dengan pelaksanaan Dasar Satu Murid
Satu Sukan (1M1S) mulai 2011.
2.3.3 Dua puluh sembilan
(29) kredit yang tersebut di atas tidak
diambil kira dalam pengiraan PMG/PMGT bagi tujuan pengijazahan.
2.3.4 Pengecualian kredit secara PUKAL ini telah mendapat kelulusan Senat IPG untuk pelajar PPG yang mengikuti pengajian di IPG.