LET’S READ TOGETHER 2016
LET’S READ TOGETHER 2016
LET’S READ TOGETHER 2016
SESI BERGAMBAR KAKITANGAN PERPUSTAKAAN
visi.jpg

23HB APRIL 2015 : MARI MEMBACA SERENTAK SELAMA 10 MINIT

23HB APRIL 2015 : MARI MEMBACA SERENTAK SELAMA 10 MINIT SEMPENA HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2015

Pengumuman Aktiviti Bulan April 2015

 

 

PERKHIDMATAN PEMULANGAN DAN PEMBAHARUAN TARIKH PEMULANGAN BUKU DI PERPUSTAKAAN MTK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perpustakaan menawarkan perkhidmatan tambahan kepada semua pengguna perpustakaan yang ingin memulangkan buku dan melanjutkan tarikh pinjaman buku di Perpustakaan MTK (Perpustakaan Kampus Baharu) berkuatkuasa 1hb April 2015. Para pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini di Kaunter Utama Perpustakaan MTK pada waktu perkhidmatan perpustakaan.

 3.         Diharap dengan perkhidmatan tambahan ini dapat memberi keselesaan dan memudahkan urusan sirkulasi pengguna perpustakaan. Sila berhubung dengan Pustakawan atau kakitangan perpustakaan untuk sebarang pertanyaan dan cadangan penambahbaikan.

 

Sekian, terima kasih.

 

MEMO DALAMAN BERTARIKH : 31hb MAC 2015 / RUJUKAN FAIL : KC /11 (H) / 851/1-1/Jld 8 (21)

 

****************************************************************************************************

PENSTRUKTURAN SEMULA WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN PADA WAKTU MALAM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Dimaklumkan bahawa, hasil dapatan Mesyuarat Kewangan bil 2/2015 bertarikh 10 Mac 2015, memutuskan bahawa Perpustakaan akan menutup Waktu Perkhidmatan pada sebelah malam berkuatkuasa 10hb Mac 2015. Ini adalah sebagai salah satu langkah didalam menguruskan perbelanjaan secara berhemah yang menjurus kepada penjimatan pengurusan kewangan kerajaan.

 3.         Walaubagaimanapun, Unit Perpustakaan akan dibuka pada setiap hari Sabtu iaitu mengikut Jadual Interaksi bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pembukaan pada waktu malam pula akan dibuat hanya pada minggu peperiksaan.

 4.         Segala kesulitan amatlah dikesali dan diucapkan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

MEMO DALAMAN BERTARIKH : 11HB MAC 2015 / RUJUKAN FAIL : KC/11(H)/851/1-1/Jld.8( 18  )

 

****************************************************************************************************

Page 10 of 20

Bilangan Pelawat

12058
TodayToday5
YesterdayYesterday6
This_WeekThis_Week69
This_MonthThis_Month257
All_DaysAll_Days12058

Joomla templates by Joomlashine