visi.jpg

KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN INTERAKTIF DALAM P&P BAHASA MELAYU PENULISAN TAHUN 6 (Abstrak)

KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN INTERAKTIF DALAM P&P BAHASA MELAYU PENULISAN TAHUN 6

Oleh

Sarimawathy binti Jumanie (IPGK Kent Tuaran) & Maslinah binti Supu (SK. St. Mary (M), Papar, Sabah)

 

ABSTRAK

 

Bahan pembelajaran interaktif seperti tetingkap interaktif merupakan salah satu bahan rangsangan yang mampu menarik perhatian murid agar berpeluang menggunakan bahan tersebut dalam binaan frasa atau binaan ayat. Penggunaan bahan interaktif sebagai bahan bantu dalam pembelajaran penulisan Bahasa Melayu membolehkan pelajar mampu meningkatkan hasil penulisan yang lebih gramatis. Hal ini adalah kerana, dalam era pembelajaran abad ke-21 penggunaan bahan interaktif semakin meluas yang membolehkan pengajaran guru lebih menarik agar pelajar berminat untuk menghasilkan penulisan yang lebih kreatif and bermutu. Kajian ini merupakan kajian awal untuk melihat sejauh mana bahan interaktif ini sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran membina ayat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan. Sampel kajian ialah terdiri daripada 20 responden. Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana penggunaan bahan interaktif berkesan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Segala maklum balas diperolehi dijadikan sebagai bahan tambahan bagi memperbaiki perlaksanaan penggunaan bahan interaktif. Data yang digunakan untuk analisis ini adalah data autentik yang diperolehi daripada beberapa kaedah yang biasa digunnakan dalam kajian kualitatif, (a) bukti dokumen, (b) pemerhatian, (c) temubual dan (d) Ujian Pra dan Ujian Pos.