visi.jpg

PERSEPSI BUDI DALAM LAGU PANTUN BUDI (Abstrak)

PERSEPSI  BUDI DALAM LAGU PANTUN BUDI

Oleh:

Noraini Zakaria@Jakaria

IPGK Tawau, Sabah

 

ABSTRAK

 

Kajian ini adalah berkenaan analisis persepsi terhadap naskhah Lagu Puisi Tradisional  iaitu Pantun Budi. Persepsi bagi naskhah ini di ambil daripada 18 orang pelajar PISMP Semester 2 opsyen Bahasa Melayu dan 15 orang pelajar PPISMP Semester 2 opsyen Pemulihan Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif . Kaedah yang digunakan adalah kaedah analisis dokumen dan temu bual tidak berstruktur. Kaedah analisis dokumen menggunakan instrumen naskhah lagu dan borang senarai semak . Data daripada borang senarai semak di analisis menggunakan kekerapan dan peratus  sahaja mana kala data dari temu bual  dianalisis melalui transkripsi temu bual . Transkripsi dibaca dan tema-tema dikenal pasti kemudian dikodkan dan ditukar kepada senari semak untuk dianalisis. Instrumen naskhah  lirik lagu yang di analisis merupakan naskhah lirik Lagu Puisi Tradisional bertajuk Pantun Budi . Dapatan kajian diharap dapat menjelaskan sejauh mana konsep budi dapat di perjelaskan melalui lirik lagu Pantun Budi.