visi.jpg

NILAI ESTETIKA DALAM KURSUS BMMB3052 (Abstrak)

NILAI ESTETIKA DALAM KURSUS BMMB3052

Oleh:

Mazania Kasimin

Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tawau, Sabah, Malaysia

 

 

ABSTRAK

 

Kajian ini adalah berkenaan analisis terhadap wujudnya nilai estetika dalam pengajaran dan pembelajaran Kursus BMMB 3052 Seni Dalam Pendidikan. Kursus ini diambil oleh PISMP Semester 2 bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan mereka. Analisis dibuat berdasarkan refleksi   daripada 18 orang pelajar PISMP Semester 2 opsyen Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Penulisan refleksi dibuat sebagai tugasan bagi kursus tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif . Kaedah yang digunakan adalah kaedah analisis dokumen dan temu bual tidak berstruktur. Kaedah analisis dokumen menggunakan instrumen penulisan refleksi dan borang senarai semak . Data daripada borang senarai semak dianalisis menggunakan kekerapan dan peratus  sahaja manakala data daripada temu bual  dianalisis melalui transkripsi temu bual . Transkripsi dibaca dan tema-tema dikenal pasti kemudian dikodkan. Dapatan kajian diharap dapat menjelaskan wujudnya nilai estetika dalam Kursus BMMB3052 dengan disedari secara realistik oleh pelajar melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti  pembelajaran bagi kursus ini.