visi.jpg

PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGURUSAN PENGETAHUAN, KESEDIAAN MENGAJAR DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DI SEKOLAH

Oleh

Caroline @ Lorena David¹

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.">This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan mengkaji profesionalisme guru novis di negeri Sabah khususnya dalam aspek berkaitan pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar, dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah.Sampel kajian yang dipilih melibatkan seramai empat ratus orang responden yang terdiri daripada guru-guru novis yang baru memulakan perkhidmatan dan mengajar antara satu hingga tiga tahun.Responden ini dipilih secara rawak bertujuan bagi memenuhi objektif kajian. Rekabentuk kajian yang dilaksanakan adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian.Data kajian pula dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)versi 20 bagi mendapatkan data deskriptif dan inferens dan perisian AMOS versi 16 digunakan bagi mengenalpasti hubungan sebab-akibat antara beberapa pembolehubah dalam kajian.Kajian rintis telah dijalankan terhadap 130 orang guru novis untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai kebolehpercayaan yang didapati tinggi iaitu 0.902. Secara keseluruhannya, hasil dapatan awal kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap profesionalisme guru novis dalam pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar, dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah.

 

Kata Kunci:      Profesionalisme Guru Novis, Pengurusan Pengetahuan, Kesediaan Mengajar, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Pelaksanaan Pengajaran