visi.jpg

MENGATASI MASALAH MURID TAHUN 2 DALAM MENYEBUT PERKATAAN KV+KVK DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK FONTUR SUKU KATA

Oleh:

Mohamad Hairy Bin Said

Puan Sarimawathy Binti Jumanie

 

ABSTRAK

 

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah murid dalam menyebut perkataan KV+KVK dengan menggunakan Teknik Fontur Suku Kata. Reka bentuk kajian yang dipilih adalah berdasarkan model Kurt Lewin (1946). Seramai 4 orang subjek telah dipilih dan terlibat dalam kajian ini. Hasil daripada tinjauan awal yang telah dijalankan, maka pengkaji mendapati bahawa terdapat sebilangan murid tahun 2 mengalami masalah dalam meyebut perkataan KV+KVK. Atas kesedaran ini, maka pengkaji menjalankan kajian dan berpendapat bahawa masalah ini dapat diatasi melalui aplikasi penggunaan Teknik Fontur Suku Kata. Teknik Fontur Suku Kata merupakan sebuah teknik yang menggabungkan kaedah permainan bahasa dengan kaedah fonetik dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran menyebut bunyi suku kata perkataan. Istilah Fontur diambil daripada akronim fonetik dan catur. Hal ini bermaksud, pelaksanaan teknik ini dilakukan dengan mengambil ciri bagi permainan catur dan pengajaran dalam bentuk kaedah fonetik. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kajian ini antaranya termasuklah pemerhatian secara berstruktur, soal selidik, rakaman video, ujian diagnostik dan ujian pencapaian. Dapatan kajian ini membuktikan  bahawa aplikasi penggunaan Teknik Fontur Suku Kata berkesan untuk mengatasi masalah subjek dalam menyebut perkataan KV+KVK dengan betul, jelas dan lancar. Justeru, pengkaji yakin bahawa Teknik Fontur Suku kata perlu diperluas penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran menyebut perkataan.

 

Kata Kunci : Mengatasi, menyebut, perkataan KV+KVK, Teknik Fontur Suku

                   Kata