visi.jpg

KAEDAH PEMFAKTORAN AJAIB UNGKAPAN KUADRATIK (P.A.U.K)(Abstrak)

Kaedah Pemfaktoran Ajaib Ungkapan Kuadratik (P.A.U.K)

 

Teh Ah Huat

 

ABSTRAK

 

Ramai pelajar sekolah menengah tidak menguasai kemahiran pemfaktoran ungkapan kuadratik. Mereka biasanya menggunakan kalkulator saintifik untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang melibatkan pemfaktoran ungkapan kuadratik. Punca masalah ini wujud disebabkan oleh kaedah pemfaktoran yang digunakan secara meluas (kaedah silang) adalah kurang efektif dan perlu cara cuba-jaya. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengaji keberkesanan Kit P.A.U.K dalam pemfaktoran ungkapan kuadratik. Satu kajian telah dilaksanakan kepada pelajar PPISMP semester 1 major Matematik ambilan Jun 2013 yang melibatkan Ujian Pra, Rawatan dan Ujian Pasca. Dapatan kajian telah menunjukkan terdapat peningkatan dari purata soalan yang dijawab dengan betul dan pengurangan masa yang diambil untuk menjawab soalan pemfaktoran selepas menggunakan Kaedah P.A.U.K.