visi.jpg

MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 DAN TAHUN 5 DI DAERAH TUARAN(Abstrak)

MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 DAN TAHUN 5 DI DAERAH TUARAN

 

Tan Seok Kiang

Salina Abdullah Sangguro

 

ABSTRAK

 

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains asas dalam kalangan murid Tahun 4 dan Tahun 5 di sekitar daerah Tuaran, Sabah.  Kajian ini telah dijalankan ke atas 206 murid di empat (4) buah sekolah kebangsaan iaitu seramai 103 orang murid Tahun 4 dan 103 orang murid Tahun 5. Penguasaan kemahiran proses sains asas diterokai dengan menggunakan kaedah ujian berbentuk objektif. Fokus kajian adalah kemahiran proses sains asas iaitu kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, meramal dan membuat inferens seperti yang digariskan dalam kurikulum sains sekolah rendah Tahap Satu.   Dapatan kajian menunjukkan penguasaan kemahiran proses sains asas untuk kedua-dua kumpulan murid-murid Tahun 4 (55.9%) dan Tahun 5 (60.0%) adalah berada pada tahap memuaskan. Justeru satu kajian lanjut perlu dilaksanakan supaya masalah sebenar yang dihadapi dapat dikenal pasti.  

 

Kata Kunci: Kemahiran proses sains, memerhati, mengelas, membuat inferens, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, meramal