visi.jpg

KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM PENGENALAN KONSEP PENUKARAN PECAHAN TAK WAJAR KEPADA BENTUK NOMBOR BERCAMPUR DAN SEBALIKNYA BAGI MURID PEMULIHAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH

KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTERDALAM PENGENALAN KONSEP PENUKARAN PECAHAN TAK WAJAR KEPADA BENTUK NOMBOR BERCAMPUR DAN SEBALIKNYA BAGI MURID

PEMULIHAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH

 

Khoo Chwee Hoon (PhD)

 

 

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan Congkak Converter dalam memperkenalkan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya kepada murid-murid pemulihan matematik Tahun 5. Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian. Kajian ini adalah kajian kuantitatif eksperimen yang menggunakan Congkak Converter sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian. Ujian-t untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian ini. Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. Congkak Converter yang diperkenalkan mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam kalangan murid pemulihan matematik. Dapatan kajian ini membawa implikasi yang bermakna kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum matematik bagi murid pemulihan matematik terutamanya di institusi pendidikan guru di negeri Sabah, Malaysia.

 

Kata Kunci: Pengenalan konsep pecahan, Congkak Converter, Murid Pemulihan Matematik