visi.jpg

PEMBELAJARAN PERIBAHASA CINA DENGAN TPACK

PEMBELAJARAN PERIBAHASA  CINA DENGAN TPACK

 

Benny Kong Tze Loong, Tiong Hong Keong dan Chin Satt Fung

 

ABSTRAK

 

Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji keberkesanan aplikasi model TPACK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Peribahasa Bahasa Cina. Ianya dilaksanakan dalam kalangan pelajar PISMP BC Semester 4 ambilan Januari 2012 bagi mengkaji keberkesanan penggunaan model TPACK dalam membantu murid-murid  sekolah rendah yang kurang atau tidak menggunakan peribahasa Bahasa Cina dalam pembinaan ayat dimana mereka lemah atau kurang faham maksud peribahasa Bahasa Cina yang merupakan konsep abstrak bagi murid-murid tahun tiga. Piaget, Bruner dan Vygotsky dalam Teori Perkembangan Kognitif masing-masing menyatakan penguasaan konsep abstrak sepatutnya dimulakan dengan aktiviti atau penggunaan bahan konkrit atau semi konkrit yang lebih bermakna(Kontekstual). Model TPACK yang dicadangkan oleh Mishra & Koehler (2006) menyatakan sesuatu sesi Pengajaran dan Pembejaran akan menjadi lebih berkesan jika digabungjalinkan pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan teknologi. Pengkaji akan menggunakan bahan berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Animasi(Flash), Video(Youtube), Gambar dan Buku Pop-Up dalam aktiviti rawatan. Pengkaji akan menganalisis secara kuantitatif termasuk persepsi pelajar serta persepsi pakar mengenai aktiviti rawatan menggunakan bahan berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikai. Kerberkesanan rawatan serta peningkatan murid-murid akan dibincang dan disimpulkan dalam kajian ini.

 

Kata Kunci: Technological-Pedagogical and Content Knowledge,    TPACK,  Pembelajaran Kontekstual, Pembelajaran Aktif, Pembelajaran Peribahasa Bahasa Cina