visi.jpg

HUBUNGAN ANTARA INPUT DAN PRODUK KURIKULUM KOMPONEN KESUSASTERAAN BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PENAMPANG

HUBUNGAN ANTARA INPUT DAN PRODUK KURIKULUM KOMPONEN KESUSASTERAAN BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PENAMPANG

 

James Geoffrey W. Molijoh

 

 

ABSTRAK

 

Kajian ini melihat sejauh mana kurikulum Komponen Kesusasteraan Bahasa Inggeris (KKBI) diikuti oleh murid di sekolah menengah di Penampang sejak kurikulum ini diperkenalkan pada tahun 2000. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membantu murid menguasai KKBI dengan membekalkan buku teks KKBI di semua sekolah menengah. Justeru, kajian ini bertujuan mentaksir input dan produk KKBI menggunakan model CIPP. Statistik inferens digunakan untuk pengujian hipotesis nol. Seramai 300 responden terlibat dalam soal selidik dan ujian dengan kaedah kuantitatif. Data kajian diproses menggunakan SPSS 15.0. Ujian korelasi Spearman menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara penggunaan sumber dan strategi dengan pencapaian objektif pada aras < 0.05.