visi.jpg

PEMBUDAYAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH SEPENUH MASA DI IPG KAMPUS KENT, SABAH

PEMBUDAYAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH SEPENUH MASA DI IPG KAMPUS KENT, SABAH

 

Ng Lee Fong dan Wong Ken Keong

 

 

Abstrak

 

Berdasarkan inisiatif teknologi baru dalam pendidikan di Malaysia, kajian ini adalah untuk menyelidik pembudayaan ICT dalam kalangan guru pelatih di Institusi Pendidikan Guru Kampus Kent yang melibatkan 220 responden. Kajian ini menyelidik tahap literasi ICT, aplikasi ICT dan amalan budaya ICT guru pelatih serta hubungan antara pembolehubah tak bersandar literasi ICT dan aplikasi ICT dengan pembolehubah bersandar amalan budaya ICT. Data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences 18.0 for Windows (SPSS). Hasil kajian mencadangkan guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap ICT dalam pendidikan. Para guru pelatih menunjukkan pengamalan tahap literasi ICT, aplikasi ICT dan pembudayaan ICT yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan kedua-dua pembolehubah tak bersandar mempunyai hubungan positif antara satu sama lain. Keputusan menunjukkan kepentingan literasi ICT dan aplikasi ICT yang menyumbang kepada kejayaan pembudayaan ICT dalam kalangan guru pelatih.