visi.jpg

Pengenalan Konsep Penukaran Pecahan Tak Wajar Kepada Bentuk Nombor Bercampur dan Sebaliknya Melalui Congkak Converter

Koleksi Inovasi Pedagogi Kent 2013

 

Pengenalan Konsep Penukaran Pecahan Tak Wajar Kepada Bentuk Nombor Bercampur dan Sebaliknya

Melalui Congkak Converter

Dr. Khoo Chwee Hoon

SINOPSIS

Inovasi ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya kepada murid-murid pemulihan matematik Tahun 5. Murid-murid ini mempunyai miskonsepsi dalam menukarkan pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya. Satu inovasi telah dicadangkan untuk membantu murid menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan bahan konkrit iaitu congkak converter. Projek inovasi ini menunjukkan bahawa congkak converter dapat meningkatkan penguasaan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya.