visi.jpg

TPCK DALAM KALANGAN GURU J-QAF BAHASA ARAB: SATU ANALISIS AWAL

Muhammad Rusdi Ab Majid, Harun Haji Sarail dan

Dr Zawawi Ismail

 

ABSTRAK

 

Dalam menjayakan agenda pendidikan negara, guru merupakan komponen yang sangat penting yang disandarkan oleh pihak kerajaan untuk menjadi tonggak utama negara bagi memastikan agenda yang dirancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya di peringkat dasar. Maka dengan itu guru sebagai pelaksana dasar pendidikan haruslah sentiasa bersifat dinamik yang peka dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan semasa dalam pendidikan negara. Kertas kerja ini bersifat kajian meta analisis terhadap kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan proses pengajaran dan kaitannya dengan TPCK dalam kalangan guru j-QAF bahasa Arab. Kajian ini juga akan menyorot tentang model TPCK serta melihat keperluan memenuhi standard komponen TPCK oleh guru Bahasa Arab dalam proses pengajaran.