visi.jpg

KAJIAN TINJAUAN TAHAP KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM KALANGAN PELAJAR PPISMP AMBILAN JUN 2010 ELEKTIF PENGAJIAN SOSIAL

 

Dr. Lisa Yip Shukye

Jabatan Pengajian Sains Sosial

 

ABSTRAK

 

Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar.   Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan sampel untuk mengumpul data.    Aspek-aspek tahap kemahiran pemikiran sejarah yang dikaji ialah membuat kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi.  Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik dan ditadbirkan kepada semua PPISMP Ambilan Jun 2010 Semester 3 yang mengikuti kursus Pengajian Sosial sebagai elektif.  Penemuan daripada kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan responden mempunyai tahap kemahiran pemikiran sejarah yang sederhana dalam kelima-lima aspek yang dikaji.  Penemuan kajian ini membawa implikasi kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum sejarah bagi merancang kurikulum yang efektif untuk meningkatkan penguasaan pengetahuan kandungan subjek, pengetahuan pedagogi dan memupuk sikap yang positif dalam usaha meningkatkan tahap kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar.