visi.jpg

KEBERKESANAN BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN PENULISAN RUJUKAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS SENARAI RUJUKAN DAN RUJUKAN DALAM TEKS

Dr. Khoo Chwee Hoon dan Tan Seok Kiang

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

 

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan dalam meningkatkan kemahiran menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks. Sampel kajian ini melibatkan seramai 40 orang responden dari sebuah Instititut Pendidikan Guru di negeri Sabah. Instrumen kajian ini terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca.  Satu sesi bengkel yang merangkumi input dan hands on berstesen telah dilaksanakan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah bagi ujian pra dengan min markah bagi ujian pasca dalam penulisan senarai rujukan dan rujukan dalam teks selepas responden mengikuti Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan. Selain itu, bengkel yang dilaksanakan juga berjaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks berdasarkan format APA edisi ke-6 dalam kalangan responden. Ini bererti pengajaran dan pembelajaran secara formal melalui bengkel sebegini perlu diperkenalkan kepada semua pelajar guru dan bukan sahaja kepada pelajar tahun akhir sahaja. Melalui bengkel sebegini, pelajar-pelajar dapat didedahkan cara penulisan rujukan yang tepat. Justeru mereka tidak perlu membuang masa membuat pembetulan yang banyak akibat kesilapan yang dilakukan. Bengkel ini juga dapat mengurangkan beban pensyarah dari segi memberi bimbingan secara individu sewaktu menyelia pelajar menulis laporan penyelidikan.