visi.jpg

INOVASI DAN KREATIVITI DALAM REKABENTUK BUKU TEKS SEKOLAH MENENGAH: APLIKASI PENDEKATAN INTERPRETIVE STRUCTURAL MODELING (ISM)

Romli Darus

Prof Dr. Saedah Siraj

 

ABSTRAK

 

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 merupakan transformasi pendidikan negara bagi  melahirkan modal insan yang berdaya saing, sahsiah seimbang dan berkualiti melalui pendidikan bertaraf dunia. Dalam usaha memperbaiki kecekapan dan keberkesanan sumber pembelajaran seperti yang digariskan dalam PPP 2013-2025, buku teks sekolah menengah seharusnya juga perlu ditransformasikan dari segi kualiti, rekabentuk dan organisasi kandungan. Usaha untuk melaksanakan inovasi dan kreativiti dalam rekabentuk buku teks sekolah menengah dipengaruhi oleh beberapa indikator. Dalam kertas ini, pelbagai indikator yang mempengaruhi inovasi dan kreativiti dalam buku teks telah dikenalpasti daripada tinjauan literatur dan pandangan pakar. Pendekatan Interpretive Structural Modeling (ISM) telah digunakan untuk membangunkan hubungan struktur antara indikator yang berbeza bagi mencapai inovasi dan kreativiti dalam reka bentuk buku teks sekolah menengah di Malaysia. Seramai 112 orang pakar dari seluruh Malaysia terlibat dalam pembangunan model inovasi dan kreativiti reka bentuk buku teks sekolah menengah melalui pendekatan Interpretive Structural Modeling (ISM). Dapatan kajian ini menyediakan penulis buku teks dengan pendekatan reka bentuk baru untuk membangunkan buku teks sekolah menengah berasaskan keutamaan.