PENDAHULUAN

Kolokium penyelidikan dan pertandingan inovasi ini diadakan untuk menyediakan platform perbincangan ilmiah dan berkongsi progres, pengalaman serta amalan terbaik dalam kalangan pensyarah dengan guru pelatih IPGK Kent serta warga pendidik sekolah. Selain itu,  penganjuran kolokium dan pertandingan  ini akan memberi ruang dan peluang kepada guru sekolah dan guru pelatih dalam menghasilkan bahan inovasi yang berkualiti serta mempunyai ciri-ciri komersial. Ia turut memberi nilai tambah terhadap guru dan guru pelajar dalam menyediakan bahan PdP yang berkesan dan relevan dengan senario dalam bilik darjah. Program ini merupakan anjuran JPPI dengan kerjasama PPD Kota Belud serta guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2018 dari IPGK Kent.

 

LATAR BELAKANG PROGRAM

Nama Program: Kolokium Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi IPG Kampus Kent 2020 (KoPPI)

Tarikh Pelaksanaan:


Fasa Pertama:

  1. 23 hingga 26 November 2020 bagi pelajar Semester 3 dan semester 5 
  2. 9 Dec hingga 11 Dec 2020 bagi pelajar Semester 7 dan PDPP
  3. 14 Dec bagi guru sekolah dalam IDCKent

Fasa Kedua:

  1. 21 dan 22 Disember 2020

Tempat Pelaksanaan: Google Meet

Penganjuran: Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud dan guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2018

Go to top