Justifikasi:

KoPPI bukan sahaja menyediakan saluran bagi menampilkan penyelidikan  dan inovasi bahkan ia akan menyemarakkan budaya inovatif dalam kalangan guru dan guru pelatih khususnya dari Daerah Kota Belud dan di peringkat IPG Kampus Kent. Idea-idea baru atau yang diubahsuai daripada sedia ada adalah lebih praktikal dan sistematik, menjimatkan tenaga, masa dan kos sudah pasti boleh membawa lonjakan kepada penghasilan produktiviti dan perkhidmatan yang berkualiti.

Program ini dijangka akan membawa kesan positif dalam perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan-amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekaligus, usaha ini dilihat sebagai mekanisme terbaik untuk meningkatkan lagi IPGK Kent ke tahap profesionalisme yang lebih tinggi.

Go to top