MOHD NIZAM BINTI MATUSIN, AININ SOFIYA BINTI MOHD, NUR HANNANI BINTI MUKHTAR

Inovasi Semi Greeny House (SGH) merupakan satu inovasi bertemakan kelestarian alam yang menggabungjalinkan pembelajaran berasaskan teknologi micro bit, konsep sains (cahaya) sekaligus membentuk kesedaran kepentingan pemuliharaan tumbuhan. Sasaran inovasi adalah murid sekolah rendah dan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Masalah sebelum projek inovasi adalah melibatkan 3 persoalan utama iaitu bagaimana satu inovasi dibuat boleh menyelesaikan masalah tentang membentuk kesedaran murid tentang pemuliharaan tumbuhan herba dapat dipupuk agar membentuk warganegara global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan motivasi menangani isu-isu persekitaran, bagaimana inovasi dapat menjadi sumber PdP berasaskan STEM sekaligus dapat diaplikasi bagi PPI iaitu melibatkan murid berkeperluan khas.Keadaan dan faedah selepas inovasi adalah mengurangkan kos pembinaan rumah hijau dan menjimatkan ruang. Walaupun kos dikurangkan, tetapi fungsi rumah hijau yang diinginkan seperti kawalan kelembapan, cahaya dan perlindungan terhadap serangan perosak dapat dimaksimakan. SGH boleh menjadi inisiatif kepada guru melaksanakan aktiviti STEM bagi PdP tentang keperluan hidup tumbuhan, ekosistem, sifat cahaya dan tenaga yang boleh dan tidak boleh diperbaharui. SGH juga merupakan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersifat mesra pengguna untuk PPI. Kos keseluruhan bagi inovasi ini adalah RM 218.07 yang mana meliputi keseluruhan perbelanjaan micro bit dan bahan kerangka model.

Go to top