WAN NUR ATIKAH BINTI ABDUL MAJID, NUR ARIFAH BINTI ABDUL KARIM, NUR ATHYRAH BINTI AWANG

Marine Rescue merupakan suatu bahan inovasi yang terdiri daripada satu bot mainan kawalan yang berfungsi untuk menapis atau mwngutip sampah yang berada di kawasan air. Fokus utama inovasi ini adalah untuk memudahkan cara untuk mengutip sampah dan menjadikan ia satu aktiviti yang menarik untuk murid-murid. Hal ini kerana murid tidak perlu menggunakan jaring untuk mengutip sampah tetapi boleh menggunakan kapal mainan ini untuk mengutip sampah. Masalah utama adalah inovasi marine rescue ini dihasilkan adalah untuk mengatasi masalah pencemaran air di Malaysia. Hal ini demikian kerana terdapat sungai yang dipenuhi oleh sampah sarap. Oleh itu, inovasi ini dihasilkan bagi menjadikan cara pembersigan sampah di kawasan air lebih mudah, memupuk kesedaran tentang penjagaan alam sekitar serta meningkatkan penglibatan murid MBK dalam aktiviti pemeblajaran terutamanya pembelajaran alam sekitar. Antara faedah inovasi ini ialah ia dapat memudahkan cara untuk mengutip sampah, menjadikan murid lebih peka terhadap kebersihan alam sekitar dan murid berkeperluan khas (MBK) juga dapat turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara aktif bersama-sama murid aliran arus perdana. Anggaran kos bagi bahan inovasi ini adalah sebanyak RM330. Tambahan pula, pendedahan kepada murid terhadap inovasi adalah sangat penting untuk meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif mereka dan juga sebagai perangsang semangat mereka untuk menghasilkan inovasi yang lebih kreatif dan inovatif.

Go to top