BRIAN ANAK PETER DABLIN

Projek inovasi yang dihasilkan ialah inovasi “KAJEKPA” yang berasaskan pembelajaran secara interaktif. KAJEKPA merupakan singkatan yang diambil daripada “Kata Adjektif Pancaindera”. Projek ini dipilih berdasarkan permasalahan dan pemerhatian yang dilakukan dalam kalangan murid Tahun 4. Kandungan pengajaran dalam inovasi KAJEKPA merangkumi topik pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 4. Standard Kandungan yang dipilih ialah 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks, manakala Standard Pembelajaran yang dipilih ialah 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata adjektif mengikut standard (bagi kata adjektif pancaindera). Selain Microsoft Powerpoint, projek inovasi ini telah menggunakan pelbagai aplikasi pembelajaran yang lain serta menghasilkan website untuk memudahkan pembelajaran secara atas talian. Misalnya, Wix, dan Educandy. Inovasi digital KAJEKPA dipromosikan menerusi pengguuaan beberapa medium secara atas talian. Antaranya termasuklah media youtube dimana video ringkas penggunaan inovasi digital ini dimuat naik dan dapat dikomen serta digunakan oleh orang lain. Begitu juga dengan link website Wix yang dikongsi untuk memudahkan orang lain menggunakan inovasi digital yang berupa “gamification” untuk diakses oleh semua orang.

Go to top