Nur Quratul Nabila binti Sudiro, Siti Norjulailah bt Jumik

Idea untuk menghasilkan inovasi ini tercetus apabila kami melihat DSKP Tahun 5 Bahasa Melayu iaitu Standard Kandungan 3.2 dan Standard Pembelajaran 3.2.1. Tema pengajarannya ialah keselamatan sementara tajuk pengajarannya ialah “waspada selalu”. Oleh hal yang demikian, inovasi yang kami hasilkan ini bertujuan untuk memantapkan lagi keberkesanan standard kandungan dan standand pembelajaran tersebut. Kemahiran Bahasa yang kami ambil kira ialah kemahiran menulis. Projek inovasi “Kembara Bersama” ini merupakan satu inovasi pemudahcaraan Pendidikan berasaskan teknologi digital iaitu proses penghasilannya adalah menggunakan aplikasi Scratch.

Go to top