Noorleena Binti GutasanRojiah Saiwah @ KarimZoriffah Binti Mohd Kudin3

 1,2 SK Pekan Tamparuli, 2PPDKB

Kit LEXSSA merupakan kit yang membantu murid-murid berkeperluan khas pembelajaran yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti : autisme, lembam, slow learner, ADHD, disleksia dan sindrom down untuk menguasai kemahiran asas membaca Ia boleh diaplikasikan untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid berkeperluan khas (MBK) pembelajaran di kelas PPKI. Mewujudkan pembelajaran yang seronok, menarik minat dan menggalakan penglibatan murid untuk belajar semasa pdpc dan menggalakkan pembelajaran secara interaktif serta mempelbagaikan aktiviti pdpc dengan menggunakan BBM dalam kit LEXSSA. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana aktiviti menggunakan kit membaca pelbagai bentuk suku kata, membaca perkataan, membaca frasa dan membaca ayat mudah dapat membantu meningkatkan penguasaan bacaan dalam kalangan murid berkeperluan khas di tiga daerah iaitu Tuaran, Kudat dan Kota Belud. Maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan dan temubual. Dapatan prakajian menunjukkan murid masih tidak boleh membaca suku kata, perkataan , frasa dan ayat mudah .Kajian dijalankan terhadap 200 orang murid yang dipilih secara persampelan bertujuan di daerah yang terlibat. Alat kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pos dan kajian telah dilaksanakan selama tiga bulan. Dapatan pascakajian selepas intervensi mendapati murid telah berupaya sekurang-kurangnya membaca suku dan perkataan dengan menggunakan kit bacaaan LEXSSA. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian dalam membaca kepada 190 orang murid. Hasil dapatan ujian pos mendapati 95 peratus murid dapat membaca suku kata dan perkataan dengan Kit LEXSSA. Kajian ini menunjukkkan kit Bacaan LEXSSA boleh digunakan untuk mengajar kemahiran membaca secara lebih mudah dan interaktif. Implikasi dapatan kajian dan beberapa cadangan juga diberikan bagi meningkatkan bilangan murid menguasai kemahiran membaca dan dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, menarik minat dan dapat menggalakkan pembelajaran secara interaktif dengan menggunakan BBM dalam kit LEXSSA.

Go to top