MOHD ZAINI BIN TAWAN

SK Rosok

KIT KEBEN adalah singkatan kepada kit Kenali Bentuk (KEBEN). KIT KEBEN ini adalah satu kit pembelajaran yang dibina khas untuk Murid Berkeperluan Khas Kefungsian Rendah bagi mengenal, mengecam dan melaksanakan pembelajaran dengan menggunakan kit permainan. Murid Berkeperluan Khas yang berkefungsian rendah selalunya mengalami masalah dalam memberi perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, mereka tidak boleh duduk diam dengan melakukan aktiviti yang sama pada suatu masa. Selain itu juga, mereka juga mempunyai masalah dalam memahami suatu konsep. Kit ini berfokuskan perkembangan kemahiran psikomotor murid melalui topik Bentuk Asas iaitu dengan cara memadankan, mencantumkan, menyentuh bongkah dan lain-lain. Melalui kit ini, kita dapat merangsang deria sensori murid iaitu visual, sentuhan, dan pergerakan tangan melalui aktiviti sentuhan, memadan dan lain-lain. Selain itu, murid dapat mengasah kemahiran psikomotor dengan lebih baik dan

menambahbaik pengamatan bagi merangsang proses kognitif mereka.

Go to top