Ragyner Ridge Abit, Corine Lyn Apiang, Alia Faqihah binti Abdullah
Bagi kanak-kanak, langkah pertama dalam memahami bahasa sepatutnya dimulakan dengan penguasaan kosa kata. Takrifan lain memberi maksud bahawa kosa kata merupakan perkataan dalam pertuturan (kosa kata ekspresif) dan perkataan yang digunakan dalam perbualan (kosa kata reseptif). Berdasarkan definisi ini, dapat disimpulkan bahawa kosa kata adalah perkataan yang diperlukan untuk menyampaikan idea dan menyatakan makna seseorang penutur. Sejajar dengan itu, produk GIF Dice dicipta agar dapat memenuhi keperluan kanak-kanak yang ingin menguasai pengunaan kosa kata. GIF Dice merupakan sebuah idea yang dihasilkan melalui aplikasi Microsoft PowerPoint yang dibuat oleh Robert Gaskins (1984-1987). Aplikasi ini dipilih kerana ianya digunakan secara meluas dan mudah dikenali oleh guru di seluruh dunia. Oleh itu, tidak dinafikan bahawaa idea inovasi ini boleh digunakan oleh semua guru bagi semua peringkat umur. GIF Dice adalah inovasi digital yang menggunakan perisian Microsoft PowerPoint. Ia wujud semata-mata untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Ini bertujuan untuk menjadikan murid-murid agar senang mempelajari subjek Bahasa Inggeris dan secara tidak langsung dapat memperkukuhkan pengetahuan mereka tentang penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris yang dipelajari dengan menggunakan GIF (graphic interchange format) yang menunjukkan maksud secara konkrit.