Anndreaalicia Claudius
IQRA Skill merupakan sebuah strategi Reading Comprehension untuk membantu murid terutama murid yang memiliki tahap penguasaan lemah hingga sederhana dalam Bahasa Inggeris. IQRA Skill merupakan suatu strategi untuk membantu pelajar dalam menjawab soalan Reading Comprehension dalam subjek Bahasa Inggeris. IQRA dalam nama panjangnya Identify Question-Read-Answer. Melalui kaedah ini, pelajar tidak perlu membaca teks secara keseluruhan, namun, mereka cuma perlu mengenal pasti (Identify), semasa mengenal pasti, pelar perlu menggaris elemen yang saya telah tetapkan untuk dikenal pasti oleh pelajar. Selepas mengajar mereka teknik ini, saya dapati bahawa murid menunjukkan peningkatan dari segi markah menjawab soalan Reading Comprehension. Mereka telah menyatakan bahawa teknik ini memudahkan mereka dan mereka tidak seharusnya membaca secara menyeluruh teks yang diberikan. Hal ini menjimatkan masa mereka dan mengurangkan ruang mereka untuk melakukan careless mistakes kerana mereka perlu Identify sebelum segala sesuatu.