27 Ogos 2020 Latihan Pembangunan Staf (LPS) 'Rafting'

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) telah menganjurkan LPS ini hasil kerjasama tiga orang fasilitator yang terdiri daripada Encik Rowell Dunggi (Pembantu Tadbir N22, Unit Kewangan), Encik Ribunaan bin Taing @ Alex (Pembantu Operasi N11, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi)) dan Encik Jailin bin Sagod (Pembantu Operasi N11, Jabatan Pengajian Sains Sosial).  LPS ini bertujuan untuk membentuk ketahanan fizikal dan mental para peserta LPS yang terdiri dari kalangan pensyarah, pegawai pengurusan dan juga staf sokongan.  Seramai 41 orang peserta LPS telah melibatkan diri secara aktif.  LPS ini telah diadakan di White Water Rafting Centre, Kiulu.

 Ustaz Kamarulzaman bin Ideres (Ketua Jabatan, Jabatan  Pengajian Agama dan Moral) mengetuai sesi bacaan doa sebelum LPS 'Rafting' dijalankan.

 

 Salah seorang fasilitator dari White Water Rafting Centre sedang membantu Puan Rosemary ak Layat memakai jaket keselamatan sambil diperhatikan oleh Encik Sofian bin Ag. Damit .

 

Kelihatan wajah para peserta LPS begitu ceria kerana telah berpeluang untuk mengikuti LPS 'Rafting' pada tahun ini.

 

Taklimat awal pelaksanaan LPS 'Rafting' sedang disampaikan oleh salah seorang fasilitator dari White Water Rafting Centre.

 

LPS 'Rafting' telah berjaya memupuk silaturrahim di antara staf akademik dan bukan akademik IPG Kampus Kent.

 

 

LPS 'Rafting'  telah dapat membantu para peserta mengukuhkan semangat jati diri dan meningkatkan ketahanan fizikal serta mental masing-masing.

 

 

Encik Peter Masawal, Encik Azman ak Ismail dan Encik Ibrahim bin Jamree  telah mengambil peluang untuk  bergambar di tempat rehat kawasan Tagal.

 

 

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta LPS 'Rafting' dan berharap agar LPS ini telah memberikan manfaat kepada setiap individu yang terlibat.

Go to top