17-19 Ogos 2020 Bengkel Kejohanan Badminton Tertutup IPG Kampus Kent 2020

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) telah menganjurkan Bengkel Kejohanan Badminton Tertutup IPG Kampus Kent 2020.  Objektif LPS ini adalah untuk memberikan peluang kepada semua peserta LPS  mengetahui cara untuk mengendalikan kejohanan badminton.  Fasilitator bagi LPS ini ialah Encik Vickneswaran Nakar Salapan (Ketua Unit Penambahbaikan Berterusan CQI Akademik,  Jabatan Kecemerlangan Akademik) dan Encik Jailin bin Sagod (Pembantu Operasi N11, Jabatan Pengajian Sains Sosial).  Seramai 30 orang peserta LPS terdiri dari kalangan pensyarah, pegawai pengurusan dan juga staf sokongan telah melibatkan diri secara aktif.  Majlis perasmian penutupan bagi LPS ini telah dirasmikan oleh YBrs. Datin Dr. Rosinah binti Edinin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent.

 

Para peserta LPS Perlawanan Akhir Beregu Lelaki Kejohanan Badminton Tertutup  IPG Kampus Kent 2020 dari kiri: Encik Victor Baga, Encik Teh Ah Huat, Encik Vickneswaran Nakar Salapan dan Dr. Saimin Ginsari

Para peserta LPS Perlawanan Akhir Beregu Wanita Kejohanan Badminton Tertutup IPG Kampus Kent 2020 dari kiri: Puan Kastineh binti Juning, Puan Dorothea Marukau @ Nuratiqah binti Abdullah, Encik Justinus Gunong (Pengadil),  Puan Lenny Gopoit dan Puan Marlini binti Michael Dzulkiflee.

Para peserta LPS Perlawanan Akhir Beregu Campuran Kejohanan Badminton Tertutup IPG Kampus Kent 2020 dari kiri: Dr. Saimin Ginsari, Hjh. Nancy Loo Kason, Puan Marlini binti Michael Dzulkiflee dan Encik Vickneswaran Nakar Salapan.

Para peserta LPS sedang menjalani latihan sebelum perlawanan bermula.

Encik Rowell Dunggi sedang menjalani amali sebagai pengadil bagi Perlawanan Separuh Akhir Beregu Campuran Kejohanan Badminton Tertutup IPG Kampus Kent 2020.

Antara aksi yang ditunjukkan oleh para peserta LPS  dalam perlawanan badminton beregu campuran.

Para peserta LPS sedang meneliti carta perlawanan  Kejohanan Badminton Tertutup IPG Kampus Kent 2020.

Cik Alimah binti Muslim dan Encik Peter Masawal ialah antara peserta LPS bagi beregu campuran dalam Kejohanan Badminton Tertutup IPG Kampus Kent 2020.

Puan Rahmatulfathiah binti Samsuri dan Encik Vijaya bin Hassim juga merupakan antara peserta LPS bagi beregu campuran,

Antara para peserta yang telah melibatkan diri secara aktif.

Hjh. Nancy Loo Kason selaku wakil bagi semua peserta LPS Bengkel Kejohanan Badminton Tertutup IPG Kampus Kent 2020 telah menyampaikan  cendera kenangan kepada Datin Dr. Rosinah binti Edinin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent.

 

 

 

 

 

Go to top